Powered By Blogger

Sunday, February 9, 2014

:: Cerita tentang sebuah KEPUTUSAN ::

Assalamualaikum, hello people...

Haa cuak tak bilamana baca tajuk? haha. And since this is an important matter for me, kita KIV dulu lah ye post pasal holiday dan vacation hehe.

As ACCA fellas might have aware of, ACCA punya result dah pun keluar tanggal 8 Feb 2014, bagi yang attempt exam December 2013 hari tu!! OMG takut dan cuak nya time nak check hanya Allah je yang tau. Result apa pun before ni, mak jemah tak pernah senerveous ni. ACCA pulak semangat sangat dorang sampai siap bagi result thru email dengan tajuk 'ACCA Examination Result'. Aku yang tengah refresh gmail kot-kot ada yang nak mintak contoh surat penangguhan ke tak semena-mena pun kaget lah. So what did I do to? The email was ticked, starred and skipped je :)

~ nampak tak betapa ACCA excited nak bagitau result ktorg. aiyoo orang cuak laa ~
Housemate yang pada awalnya konon-konon bertekad tak nak check, tup-tup dia yang paling awal dapat tau result. Cehhh! Walaupun bermacam style dorg ni check result memasing kan.. Yang sorang ni check email dengan debaran, sorang mintak tolong kawan nun jauh di Malaysia dan sorang lagi encik tunang yang tolong tengokkan. And alhamdulillah, memasing dapat bersujud syukur ke hadrat Ilahi.

And so, tinggal la mak jemah sorang ni je yang sanggup menahan rasa eager nak tau result. Sungguh aku perlukan kekuatan. So aku pun lek je dulu. And nasib baik la aku ni bukan jenis yang mudah tak senang duduk. Selagi aku buat derk, tak fikir pasal result, I would be fine. Tapi bila fikir je.. tegang urat merih memikirkan apa yang perlu dibuat kalau-kalau result tak seberapa. Takut ohh! 

Siri penangguhan pun berlaku.

Situasi #1 Nak check pepagi. "Ala nanti lah. Rileks la dulu, cuak weh!Taknakk. Takuttt!!"
Situasi #2 Nak check lepas Dhuha. "Tak ingat macam mana nak sujud syukur. Belajar dulu lah. Nanti boleh terus buat je if result ok."
Situasi #3 Nak check lepas Zohor. "Eh nanti lah. Takut tak lalu nak lunch pulak nanti."
Situasi #4 Nak check lepas Isyak. "Ahh nanti tak lalu tidur kang naya! Tidur dulu lah. Esok ye, esok!"

Rasa macam loser mintak penumbuk tak? Begitulah nampaknya haha. Bukan apa. Semuanya sebab takut dan terlalu memikirkan nasib jika tidak lulus sepertimana mereka semua. tabiat tak bagus. sila jangan ikuti ye. And finally selepas berkali-kali niat itu tertangguh, aku kuatkan juga diri selepas Subuh itu. check email je pun padahal, takyah login apa pun.

Skip lah nama, alamat semua tu.. terus je cari bahagian 'Marks' dan 'Result'. Dua perkataan 'Pass' yang tertera. Markah pun ok lah not bad. MasyaAllah. Alhamdulillah. Terus aku letak je phone and sujud syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah Ya Allah. Engkau telah murahkan rezekiku. Alhamdulillah.
~ syukur. syukur. syukur ~
Begitulah cerita tentang pengalaman pertama aku time nak dapat result ACCA ni. It is just a mere 'Pass' or a 'Fail'. Even though it's normal for people to reattempt these papers, the nightmare if I didn't manage to get a both 'Pass' is just beyond imagination. Well maybe because I'm doing it fulltime, plus I'm under a sponsorship convertible loan actually. Paling terasa sebab housemate masing-masing lulus semua, so kita yang belum check ni duk asyik terfikir 'what if I'm the only one..' jela. Tu yang buat kusut tu kan.

Info tambahan: 
Sujud syukur - sujud tanda syukur bila dapat berita gembira or terelak daripada musibah.

Syarat:
- suci dari hadas kecil dan besar 
- menutup aurat
- menghadap kiblat
Ada yang kata tak perlu berwudhu' dan lain-lain syarat. Sebab ia diluar waktu solat. Wallahua'lam.

Cara-cara:
1. Menghadap kiblat
2. Niat "Sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala" 
3. Takbir dan kemudian terus sujud sekali (baca doa sujud macam time solat)
4. Salam

 
Sekian habis cerita.
Alhamdulillah.
Aku bersyukur dan redha atas kurniaMu.

Wassalam.

 


No comments:

Post a Comment