Powered By Blogger

Friday, July 26, 2013

:: Biro Tata Negara 18-22 Julai 2013 ::


Assalamualaikum, hello there…

Yeay! Akhirnya hutangku pada BTN dah selesai! Since MARA and other government related agency mewajibkan BTN, ‘hutang’ would be appropriate, right? hehehe.. It was tanggal 18 Julai yang lalu.. pakej 5 hari 4 malam tau uols - hahaha gedik - . The one that I joined was practically called BTN - Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara. So bagi rakan-rakan yang nak pergi overseas tu, kena lah hadirkan diri ke sini ye :) And as the word ‘Pegawai’ suggest, jangan haraplah nak jumpa kanak-kanak riang or anak-anak lepasan SPM kan. 

~ goodies ~
As in my case, the participants are either insan-insan yang bakal further under MARA or kakitangan kerajaan yang dihantar untuk melanjutkan pengajian dalam sub kepakaran masing-masing. Dan baruku tahu yang rupa-rupanya program ni diadakan every months setiap tahun. Tinggal nak pilih je sesi yag sesuai dengan jadual tahunan. 

And biasanya kalau sebut je pasal kem, mesti korang terbayang dorm dan hutan belantara kan? Tenggg salah! Lokasi BTN untuk program ni dekat Akademi Kenegaraan Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Di tengah bandaraya tau..siap boleh nampak KL Tower and rasa jerebu kota lagi. Dekat je dengan Jalan Istana Negara yang lama tu silalah google ye. Rumah ala-ala apartment tu beb, with 3 rooms, 2 bathrooms and 2 toilets. Plus, air conditioned hall and bedroom! Kalau tak reti bersyukur jugak, tak tau lah apa masalah korang hahaha. Memang superb wa cakap sama lu.

Program ni lain ok dengan program BTN yang aku pernah join masa zaman sekolah dan universiti dulu. Yang ni boleh tahan leisure jugak tau. Plus, bulan Ramadhan pulak tu..aktiviti riadah takde, siap ade break 1-5pm kau jahh..tengok gayanya memang sesuai sangatlah kan untuk membuta di siang hari. Untung kan di situ? hahaha. First 2 days dengar ceramah je dalam auditorium. And seperti biasa, speaker nya memang pelbagai lah kan..ade yang best, yang boleh mengundang mengantuk pun tak terkecuali hahaha. Then another 2 days ade Latihan dalam Kumpulan. Nothing much pun. Just a few discussions, lectures and activities depending on the facilitators. Ada yang sambung lecture, buat discussion on few issues, debate, dan pelbagai aktiviti lah.

~ sesi ceramah ~
~ kuliah Subuh ~
Oh haa..kena buat persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik in group tau. So pandai2lah practice among group members. On the last day pulak, just ada ujian and majlis penutup. Ok jangan cuak dulu. Test dia takde lah susah mana. It was open book. Tapi ade jugaklah yang macam takde dalam buku, then hentam keromo sajalah labu.. 

~ performances - lagu2 patriotik ~
 
~ ujian ~

The program was basically trying to instill our semangat jati diri especially Malays so that kita berpijak di bumi realiti dan tak lupa asal usul. Most people think that it brain-washes the participants, especially to make them support the government. But in my modest opinion, it would least likely to affect your political stand. Well yeah, since BTN is a program sponsored by the government, so ideology pembangkang memang takkan berkumadang lah dalam kem ni kan. Got what I meant, rite? Pengisian program cuma banyak mengulas hal-hal rasional yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sejarah negara dan isu semasa negara, which at the end of the day akan membuat kita sedar tentang few things yang selama ini kita mungkin leka dan tak pernah nak ambil peduli. 

And believe it or not, each time aku join BTN, air mata aku ni mesti berebut-rebut nak keluar - ish, tak paham betul lah!- . Kalau yang dulu sebab terlampau menghayati filem 1957: Hati Malaya yang ditayangkan, kali ni sebab video keadaan negara yang tidak bersatu dan kurang benasib baik. Impaknya, ia memberi kesedaran betapa bertuahnya kita di bumi Malaysia ini dan pentingnya kita mengekalkan keharmonian yang ada ayat cliche, yes I know thehehe...  And in my case, aku MAKIN sedar betapa pentingnya Melayu untuk terus berusaha segigih-gigihnya supaya standing dengan bangsa lain. And, aku takde lah pulak terasa nak sokong mana-mana parti bila dah join kursus ni.

So Malays out there, jom kita lebih gigih dalam memajukan bangsa! Enough being in the comfort zone, ye Melayu sekalian…

Notakaki: Sebak pulak dengar sajak Perjuangan Belum Selesai by Tun Mahathir tu.. tak pernah dengar?? haa pi cari kat Youtube nuh.. and Alhamdulillah, baru je settlekan agreement MARA..fuhh penat tau!! Now, let's counting days fellas :)

Selamat berpuasa.
Praise be to Allah!
Wassalam.